Friday, 16 December 2011

syuhada

kupetik namamu
antara ribuan yang menguntum
di laman perjuangan 
menghiasi taman puisiku
mengocak suarasa
muga kaumilikku

syuhada
fana memancar keindahan
dengan ledakan namamu
bilaku memanggil berkali-kali
 umat Muhammad kian rindu
menanti ketibaan syahidnya

syuhada
malam ini kita berkumpul
menghidupkan ingatan semalam
jua pada ingatan kini
bumi Palestine yang trajis
datang! datanglah!
membuka sila keimanan

hari permuliakan kedudukan
insan asyik maha rindu
dengan arif kebaikan
melalui lorong ketuhanan
sepuluh Muharram bertamu dalam ingatan
sebuah nostalgia padamu
syuhada yang kian jauh.

Khairani Abd Rahman
Bachok,Kelantan.

(majalah Prestasi--Jun 1984)

No comments:

Post a Comment