berada di meja begini
malam yang larut
menimbulkan pertanyaan
apakah pencarianku?
menelan kesejukan
pada hujan yang lewat
segera mengingatkan
ada insan dibuai mimpi
maha indah
jua masih ada
gelisah menanti siang
kerana esok
tidak pernah menjanjikan apa-apa.
Khairani Abd Rahman
Bachok,Kelantan.
(Dewan Siswa Julai 1984)
No comments:
Post a Comment