hampir setiap kali tingkap terbuka
adalah taubat yang melambai
mendekat para kekasih
untuk berada di taman itu
menyahut salam yang Esa
setiap pagi
bersama harum Firdausi
Maha Besar Pencipta
aku sering tewas dalam pendakian
menuju menara cahaya
setiap butiran dosa bertabur
tak terkutip
sehingga di garis ini
antara dosa dan airmata
berbaur luka
terlontar aku pada keterasingan
suatu ketika ada tangan menghulur
sebaris cahaya sebagai mimpi
anugerah kudus dan syahdu
kerana doa yang berulang.
OMAR AZDI
19 mac 1989
No comments:
Post a Comment