Saturday, 24 December 2011

sekadar mengingati

sesekali turun ke padang
memijak rumput-rumput
mematah ranting-ranting
tanpa kasut
terasa peritnya

sesekali mendongak ke langit
melihat tompokan awan
bergerak ditiup angin
perlahan-lahan
seakan sama
di mana-mana

biarlah sesekali
mendongak apa  dijunjung
melihat apa dipijak
sekadar mengingati
yang hakiki.

KHAIRANI ABD RAHMAN

(antologi SAADONG (IV)-terbitan PPK 1984-sempena perkampungan puisi di Kem Kijang)

No comments:

Post a Comment