Tuesday, 20 December 2011

khabar dari cikgu

pagi kelmarin seorang guru
mengayuh basikal
membawa kapur merah dan putih
melakar di papan hijau
hanya beberapa ayat
 
pagi ini seorang guru 

dari daerah pendalaman
membawa komputer ribanya
menarik skrin putih
lalu berlangsung suatu pengajaran

kini aku seorang guru
melayari internet saban malam
melakukan perbincangan di talian
menggenggam telefon bimbit
sesekali membuka dompet
kian kempis
kerana ilmu semakin mahal
di ruang langit terbuka.

KHAIRANI ABD RAHMAN
Bachok,Kelantan.

(Mingguan Malaysia-17 april 2005)

No comments:

Post a Comment