meniti hari-hari kelam
penuh ketabahan
menentang ombak-ombak ganas
tanpa rintihan
sesekali ribut menggila
kau tetap utuh
bersama era baru
membantu pernafasanmu
dewasalah kini
berdiri dengan pengalaman
bergayut di dahan keyakinan
merdeka! merdeka! merdeka!
31 Ogos bertamu lagi
raikan hari ini
di pantai sejarah
pada amukan pembangunan
inilah sumbangan
puisi-puisi kebebasan
buatmu negara tercinta
dalam mengingati kemerdekaanmu.
Khairani Abd Rahman
Bachok,Kelantan
(sudut sastera rtm Kota Bharu 27 Ogos 1984)
No comments:
Post a Comment