Sunday, 18 December 2011

SUKARNYA MEMULAKAN SEBUAH KEBERANGKATAN

perjalanan ini
adalah langkah-langkah sukar bermula
sedang sepi kian berundur
mengungsi jejak-jejak mesra
sepanjang perjalanan

bicara adalah ledakan rindu
tersembunyi di celah himpitan tawa
lalu masa telah sampai
untuk memulakan keberangkatan
kembali pada suatu perjalanan
pulang

bagaimana untuk memulakan
kerana perjalanan ini
harus memikul nostalgia
dan perpisahan begitu perlu
di sebuah persimpangan
antara kita perjalanan masih jauh
langkah-langkah sukar bermula
namun pasti bermula.

Khairani Abd Rahman
Bachok,Kelantan.

(Saadong III)

No comments:

Post a Comment