Tuesday, 22 November 2011

milik warisan


tayangan belum selesai
sang penonton tertewas
keghairahan kian hilang
tertunduk lemah
tidak mampu menatap lagi

kerana ia adalah pelakon
di zaman-zaman kegemilangan
dan kali ini
wataknya tiba-tiba muncul
di layar perak
oleh sang anak

mengertilah
dalam kerahsiaannya
lantas terbongkar
menjadi milik warisan.

KHAIRANI ABD.RAHMAN
Bachok,Kelantan.

(antologi Lambaian Harapan 1984 -TerbitanPPK - Penyelenggara Lim Swee Tin)

No comments:

Post a Comment